
|
HELLO SWEET OWNER
| BAKTI ![]() SAUJANA ![]()
Alhamdulillah dapat keputusan PMR yg amat memuaskan. YUK LOMPAT! Good luck kak Anis untuk SPM. Caiyok caiyok! Anda pasti boleh! PMR ![]() RAYA ![]() IFTAR ![]() PRAY 4 ZUL AFIF ![]()
Bismillah.
Kami kawan kepada Zul Afif. Ingin memohon maaf jika Afif ada buat salah atau apa apa yg kurang menyenangkan. Kami minta maaf bagi pihak Afif. Beliau sekarang berada di Hospital Serdang disebabkan accident. Alhamdulillah berkat doa, solat hajat guru guru, pelajar SMK PP14 (1) dan jugak yang lain. Afif telah pun sedar dari koma. Walaupun beliau memberi respond yg agak kurang baik dan tak boleh bercakap. tapi tak apa lah. Sekurang kurangnya dia dengar apa yg kami cakap kan. Harap harap dia sembuh dan saya minta jasa baik kalian semua untuk berdoa supaya dia cepat sembuh. Tak rugi untuk berdoa sesama islam. A DAY BEFORE RAMADHAN ![]()
AL-FATIHAH ![]()
Astarghfirullah, sumpah aku tak percaya. Gugur jantung ni bila dapat tahu berita tu. Ya Allah, andai aku bermimpi. Sedarkan lah aku dari lamunan ini. Tak sangka, tak sangka bila dapat tahu Fadil dah pergi tinggalkan kami. Betul lah orang cakap, ajal tak mengenal erti usia. Tua atau mudah, andai tiba masanya untuk mereka pergi. Maka pergi lah dia. Fadil... Kau jangan risau. Kami disini sentiasa berdoa untuk kau. Semoga kau ditempatkan di golongan org yg beriman. Maafkan aku sebab tak dapat tengok kau selama kau berada di hospital. Dapat tgk kau melalui gambar di FB sahaja. Itupun kakak kau yg upload, sedih sangat bila dapat tahu kau accident. Tak silap aku kau dah koma 1 tahun lebih, bila kau sedar dari koma tu, kau lumpuh. Ya Allah, nak nangis bila tgk gambar yg kakak kau upload. Terima kasih sebab banyak mengingati aku tentang buruk dan baik. Maafkan aku Fadil. Al-Fatihah...
(15 July 2013)
![]()
Alhamdulillah tamat jugak hari sukan
TARBIYAH ![]()
Seperti maksud sebuah hadis: “setiap anak adam pasti melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik mereka ialah yang bertaubat”
Jadi, jika awak adalah orang yang pernah melakukan kesilapan, jangan lah merasa rendah diri kerana Allah swt tak pernah memandang rendah pada umatnya dan tak pernah membezakan umatnya. Semua manusia sama di mata Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk awak. Allah swt adalah sebaik-baik pemaaf dan pengampun. Mengapa tidak kita minta padanya?
“Jika kamu orang baik, maka kesalahanmu pun mampu membawamu ke arah yang lebih baik.”Allah mengujimu kerana Allah menyayangimu. maka senyumlah dan go on ur life. Buka lembaran baru dalam hidup awak. InsyaAllah andainya kita sedang memperbaiki diri kita ke arah kebaikan, insyaAllah Allah juga akan mengurniakan seseorang yang sedang memperbaiki dirinya juga ke arah kebaikan. Belum terlambat untuk kita bertaubat dan berubah ke arah kebaikan. Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengundurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga.Tak payah kamu nak menoleh ke masa lampau kerana itu hanya membuatkan kita berasa rendah diri dan tidak berupaya untuk menjadi lebih baik. Sebaiknya kita jadikan masa lalu sebagai satu pengalaman dan cabaran buat kita untuk menempuh kehidupan yang baru. jalani kehidupan sekarang tanpa perlu kembali ke masa lalu yang mungkin hanya memeritkan dan menyakitkan. “Jika kamu tetap melakukan kesalahan yang sama, maka sebanyak apapun peluangmu, kamu hanya akan menghadapi kegagalan yang sama.Orang pintar memilih jalan yang berbeza, sedangkan orang bodoh terjatuh di lubang yang sama.”Jangan bersedih ketika melakukan kesalahan, kerana kesalahan yang awak lakukan membuat awak banyak belajar, kerana kesalahan menjadikan awak lebih kuat, tabah dan matang dalam menempuh segala cubaan dari Allah. Percayalah Allah takkan menguji seseorang hambanya melebihi kemampuannya. Kesalahan itu ibarat paku yang tertancap di tembok. Meskipun paku itu dah dicabut, tetap akan meninggalkan lubang di tembok. Bekas lubang inilah yang seharusnya sentiasa menjadi pengingat bagi kita untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama dan awak janganlah menjadi wanita yang suka mengeluh dan marah-marah tatkala mendapat dugaan dan cubaan..jadilah wanita yang sentiasa sabar dan pasrah dalam mencari pahala Allah.. ![]()
think positive people.“Melakukan kesalahan itu hal biasa. Memperbaiki kesalahan itu hal yang luar biasa.” Manusia sering melakukan kesalahan tapi jarang untuk membetulkan semula kesalahannya. Dan jika awak membaiki kesalahan yang telah awak buat, InsyaAllah usaha awak itu pasti tidak akan sia-sia :)
-Ririn Zurieyn-
![]()
Elin! Sila angkat tangan anda dan tampar pipi anda sekuat mungkin. Supaya anda sedar dari lamunan. Pergi study la elin woi
TRIAL ![]()
Bismillah.
Ya Rabb, elinn hang tahu dok trial is around the corner. 2 October 2013, the war is begin! Tapi aku langsung tak buat persiapan apa apa. Asyik pentingkan sukan pun tak boleh jugak elin oi. Bukan tak buat langsung, tapi ada lah jugak pergi tuition semua tu. Nak bergantung 100% dekat tuition dgn sekolah je tak boleh jugak. Kau pun kena lah ulangkaji sikit bukan sikit tapi banyak
Dear self, stop being so lazy bcs trial PMR is just in a month and PMR is just three months. Oh dear! ALHAMDULILLAH ![]()
Bismillah.
Alhamdulillah, setelah 3 bulan lebih stay dekat kelas baru tu. Dapat jugak sesuaikan diri ni. Nasib baik dorang semua tu jenis cakap banyak. Takde lah awkward sangat. Apa apa pun, terima kasih Allah dan keluarga yg tercinta. Alhamdulillah, markah aku makin meningkat sekarang. Hihi berkat doa keluarga katakoo.
when people expect you to fail, prove to them wrong INJURED ![]()
Bismillah.
Boleh tak pinjamkan bahu korang? Aku nak nangis ni. Haih tak dapat terima kenyataan ni. Kenapa baru sekarang kau nak injured wahai kaki ku sayang? Kenapa sekarang?! Masalahnya perlawanan netball dah nak dekat kot. Ya Allah, cuai nya aku.
Macam mana boleh injured? Begini al kisah nya, pagi tadi under 15 ada latihan bola jaring sebab petang ni ada friendly dengan sekolah DAB. Masa kitorang training bagai nak rak tu haa. Aku nak try rebut bola dari tangan GS sebab memang tugas GD kan kena haling bola dari masuk dalam jaring tu. Time GS nak shoot, aku lompatlah sebab nk tempis bola tu. Tiba tiba GA pihak lawan tu lompat pada waktu yg sama. Lepastu boleh pulak dia terlanggar aku.
Time jatuh tu, tulang kaki aku bunyi weh. Aku apa lagi, meraung macam orang gila lah. Tanpa segan silu aku nangis tengah tengah dewan tu ha. Lantok ler ada orang tengah hias dewan ke apa. Time tu dah tak kisah ad apa disekeliling sebab sakit sangat weh. Waktu tu tiada siapa berani sentuh kaki aku sebab bahagian buku lali tu bengkak teruk. Cikgu pun gelabah semacam.
Time kena tolak tu, aku salah landing rupa rupanya. Semua cuak sebab aku tak dapat bangun. Apatah lagi kalau berdiri. Lagi lah tak dapat. Nasib baik ada yg angkat aku bawa pi bilik sakit tu. Cikgu panggil tukang urut tu. Tapi dia pun tak berani sentuh. Alahai, apa apa pun doakan supaya kaki aku cepat sembuh. BUSYMONTH ![]()
Bismillah.
Wah! Dah lama tak update blog. Malas punya pasal, sampai ter-abai blog ni. Sejak akhir akhir ni jadual aku makin padat. Ada latihan netball lah, tarian tradisional dgn tusyen nya lagi haih . Busy punya fasal, sampai diri ini tak terurus beb. Aku rasa tahun ni paling serabut. Mana taknya, PMR candidate katako.
Pejam celik pejam celik, rupa rupanya kita dah pun nak masuk bulan 3. Fuhh, bulan 3 yg padat dengan aktiviti. Dah la periksa awal tahun makin menghampiri. Tapi malangnya aku busy dengan latihan netball dan tarian. Hangpa tahu tak, tahun ni kami form 3 turun training netball last minit. Sebab apa? Sebab busy dengan aktiviti masing masing.
Harap harap tahun ni kami dapat kekalkan tempat pertama. Tapi kalau kalah, nak buat macam mana kan? Takde rezeki lah tu. Kalah atau menang, itu kan adat permainan. Yang penting jangan berhenti berusaha. Haa gitu! Esok kami akan menari untuk pertukaran pelajar. Harap harap dapat buat yg terbaik. Bukan apa, sebenarnya aku tak ready lagi. Gementar beb, takut salah step. Fuhh buat malu je. Doakan aku dgn kawan kawan aku ye? AL-FATIHAH ![]()
Bismillah.
Pejam celik, pejam celik rupa rupanya dah dua tahun faie tinggalkan kami sekeluarga. Walaupun faie bukan bukan asal dari darah daging mumy dan baba tapi faie tetap menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Arwah ni baik orangnya. Ketika mumy dan baba outstation, faie lah yg selalu belikan nasi semua tu. Terima kasih ye faie. Tapi nak buat macam mana kan, Allah lebih sayangkan arwah. Allah tak nak faie berada di jalan yang hitam dan terpengaruh dengan hasutan 'syaitan.' Faie, kami di sini hanya mampu sedekahkan al-fatihah dan membaca yasiin. Kami tak sempat nak membalas segala kebaikan faie. Semoga arwah faie tenang disana dan ditempatkan di golongan orang yg beriman. Al-Fatihah...
KELAS BARU?! ![]()
Bismillah.
Astarghfirullah, aku ni dah la jenis susah nak selesa dengan orang. Yelah, aku ni bukannya friendly pun. I'm not talkative like others. Tenang Elin. Tarik nafas sedalam dalamnya, jangan lepas! OMG IM GONNA DIE. Apa patut aku buat ni? Ni nak nangis ni, tak tentu arah hidup aku masuk kelas tu
![]()
orang disekeliling mungkin nampak apa yang kita lalui tetapi mereka tidak merasainya. Hang senang lah cakap "It's gonna be okay." Yea, senang la hangpa cakap sebab benda ni tak terjadi dekat hang. Kalau benda ni terjadi dekat hang. Aku rasa kau pun jatuh terduduk seperti aku!
|