SWEET OWNER
AdlinAmalina. 98.
Twitter: @ElinAmalina_
Instagram: @hwtx
✿ ✿ ✿ ✿
KELAS ARAB?!
Bismillah.
Sudah lama tidak berbicara. Apa khabar kalian semuanya? Aku disini sihat saja. Maaf kerana sudah lama tak berblogging. Busy dengan orentasi. Form 1 la katakoo. Setelah habis orentasi. Kami dibahagikan kelas. Ya Allah, rasa nak meronta ronta dalam dewan, ketika cikgu menyeru nama aku. Kenapa dapat kelas arab?! Dari darjah 4 aku cuba catch up B.Arab tapi masih tak dpt dipelajari dgn sempurna hinggalah sekarang.
Ketika waktu rehat, aku berjumpa dengan kakakku. Aku cerita tentang kelas aku. Dia bukan nak nasihat kan aku tetapi gelakkan aku. Haih, pai hati buat adik macam ni. Tapi kakak aku cakap kelas tu, budak nya bagus bagus, begitu juga dengan guru B.Arab. Haa memang bagus pun gurunya. Kena hafal 20 perkataan arab dalam masa seminggu. Mak aihh. Sabo jelah. Dah la terpisah dengan ex classmate time sekolah rendah. Huwaaa lagi lah rasa nak nangis.
Harap harap diberi kesempatan untuk tukar kelas lah. Tapi kalau tak dapat tukar. Em nak buat macam mana kan. Kena la berusaha bersungguh sungguh. Berusaha tu kan tangga kejayaan.
bye
|